Biografi Hiba Abu Nada

Abu Nada dilahirkan di Mekah, Arab Saudi pada 24 Jun 1991. Beliau menerima ijazah sarjana muda biokimia dari Universiti Islam, Gaza, dan ijazah sarjana dalam pemakanan klinikal dari Universiti Al-Azhar.[5]

Beliau bekerja sebentar di Pusat Kreativiti Rusul, yang dikaitkan dengan Institut Anak Yatim al-Amal.[6] Menurut Al-Ayyam, beliau "sibuk dengan keadilan, kebangkitan Arab, dan realiti kehidupan Palestin di bawah pendudukan."[7]

Dia menerbitkan beberapa koleksi puisi, dan sebuah novel, bertajuk al-Uksujīn laysa lil-mawtā ("Oksigen bukan untuk orang mati", Arab: الأكسجين ليس للموتىcode: ar is deprecated ). Pada 2017, beliau memenangi tempat kedua dalam Anugerah Sharjah tahunan ke-20 bagi Kreativiti Arab, anjuran Emiriah Arab Bersatu bagi novelnya.[8][9] Buku itu diterbitkan semula oleh Dar Diwan pada 2021.[10]

Kematian

Catatan terakhirnya dalam talian adalah pada 8 Oktober 2023, dengan tulisannya berbunyi:[11]

Gelapnya malam Gaza selain cahaya roket, sepinya selain bunyian bom, gerunnya selain ketengangan doa, hitamnya selain cahaya syuhada. Selamat malam, Gaza.

Pada 20 Oktober 2023, beliau terbunuh dalam perang Israel–Hamas akibat serangan udara Tentera Udara Israel yang mengenai rumahnya di Khan Yunis di selatan Gaza. Beliau berumur 32 tahun.[12][13]

Rujukan

WikiPedia: Hiba Abu Nada https://www.alwatanvoice.com/arabic/news/2017/08/2... https://web.archive.org/web/20170829175615/https:/... https://www.contrapunto.com.sv/gaza-muerte-de-una-... https://web.archive.org/web/20231023021425/https:/... https://alray.ps/ar/post/163942/%D8%A7%D9%84%D8%AB... https://web.archive.org/web/20231021005856/https:/... https://sdc.gov.ae/Books1/DetailsAr?itemid=1276&me... https://web.archive.org/web/20231021005859/https:/... https://www.worldcat.org/oclc/1032289333 https://www.wikidata.org/wiki/Q123139628#identifie...